Sunday, January 16, 2022

Faktor Persekitaran Fizikal dan Faktor Persekitaran Psikososial

 

Bilik pembelajaran ialah satu bilik atau ruang pembelajaran yang digunakan selain daripada bilik darjah. Contoh bilik pembelajaran seperti bilik kemahiran hidup, perpustakaan, makmal sains, bilik muzik dan sebagainya. Bilik pembelajaran ini sesuai untuk pelajar menjalankan sesuatu aktiviti berkaitan dengan amali ataupun untuk mencari bahan mengenai pembelajaran. Dengan adanya bilik pembelajaran ini dapat memudahkan para pelajar untuk melakukan sebarang tugasan.

Menurut Che Ahmad et al. (2015), antara faktor penting adalah persekitaran pembelajaran sama ada daripada aspek fizikal atau psikososial. Aspek fizikal berkaitan dengan kemudahan dan peralatan yang disediakan dalam bilik darjah manakala aspek psikososial berkaitan dengan hubungan atau interaksi murid dengan guru, sesama rakan dan persekitaran.

Faktor persekitaran fizikal ini dilihat mampu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dan memberi kesan kepada jalinan hubungan mesra antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar seterusnya dapat mewujudkan suasana selesa dan sejahtera (Ainun Rahmah,Zamri Mahamod& Wan Muna Ruzanna, 2017). Keselesaan pengajaran dan pembelajaraan pelajar merupakan salah satu faktor penting kerana melibatkan persekitaran dalam ruang bilik pembelajaran. Sebagai contoh, sekiranya susunan perabot, kerusi dan meja tidak tersusun secara strategi dengan ruang yang sempit akan meyebabkan pelajar kurang selesa sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


Sumber bahan pelajaran    Sumber bahan pelajaran yang telah disediakan didalam bilik    pembelajaran tersebut untuk memudahkan pelajar untuk melakukan kerja-kerja amali. Contohnya, di bilik kemahiran hidup disediakan peralatan untuk pertukangan seperti tukul, paku, pembaris, gergaji dan sebagainya. Manakala di makmal sains pula disediakan bahan seperti penunu bunsen, termometer, silinder penyukat dan bahan-bahan lain untuk melakukan eksperimen. Bahan pelajaran ini dapat membantu para pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Susunan Kerusi Meja    - Susunan kerusi meja bergantung pada jenis aktiviti pengajaran yang akan dijalankan didalam bilik pembelajaran. Setiap bilik pembelajaran mempunyai susunan yang berbeza. Susunan kerusi meja bukan sahaja memudahkan untuk berkomunikasi malah untuk memudahkan guru untuk melihat tingkah laku pelajar sewaktu aktiviti pengajaran dijalankan. Contohnya di makmal komuputer boleh susun meja kerusi seperti bentuk U Shaped layout, classroom layout, inverted u-shaped layout dan four-leaf clover layout.

Pencahayaan, pengudaraan dan perabot    - Faktor pencahayaan amat penting sewaktu berada di dalam bilik pembelajaran kerana tanpa cahaya aktiviti pengajaran tidak dapat dijalankan dengan baik. Kebanyakkan bilik pembelajaran di seluruh sekolah mempunyai elektrik seperti lampu, kipas dan penyaman udara. Dari segi perabot pula, perlu memastikan perabot tersebut berfungsi dan tiada kerosakkan berlaku.

Kebersihan    - Faktor kebersihan juga merupakan faktor yang penting di dalam bilik pembelajaran kerana kebersihan merupakan salah satu keselesaan buat pelajar sewaktu berada di dalam bilik pembelajaran. Sekiranya ruang pembelajaran tersebut tidak bersih dan berbau pelajar juga tidak selesa untuk mengikuti pembelajaran. Kebersihan juga merupakan tanggungjawab guru dan murid yang menggunakan bilik pembelajaran tersebut. Sebelum meninggalkan bilik tersebut guru dan murid perlu memastikan bilik pembelajaran tersebut bersih. 

Manakala faktor psikosoial ialah merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Pelajar akan menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian dengan persekitaran psikososial yang memenuhi keperluan peribadi dan psikologi pelajar tersebut.


Pendekatan pengajaran    - Pendekatan pengajaran ialah guru mengambil kira tentang pembelajaran pelajar didalam kelas kerana setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Pelajar akan menunjukkan tingkah laku yang baik serta belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran psikosialnya. 

Gaya kepimpinan guru    - Gaya kepimpinan guru memberi kesan kepada sosioemosi di dalam bilik pembelajaraan kerana ia melibatkan cara guru tersebut mengawal atau mengurus bilik pembelajaran. Contohnya, kaedah autokratik ialah guru memberi arahan dan membuat keputusan tanpa melakukan perbincangan. Seterusnya demokrasi iaitu hubungan guru saling berbincang bersama pelajar sebelum melakukan keputusan. Manakala laize-faire guru tersebut memberikan pilihan kepada pelajar untuk melakukan keputusan sendiri. Kaedah yang paling sesuai digunakan di dalam bilik pembelajaran ialah demokrasi guru dan murid saling berbincang dan bertolak ansur dalam melakukan sesuatu kerja.

Bentuk komunikasi dan corak interaksi dalam bilik pembelajaran     - Komunikasi yang baik sewaku didalam kelas dapat mengeratkan lagi hubungan guru dengan pelajar. selain dari komunikasi yang baik guru perlu menggunakan bahasa yang sopan dan mudah difahami oleh pelajar. contohnya tidak menggunakan kata-kata yang kesat sewaktu bercakap dengan pelajar. Ketika bercakap juga, guru dan pelajar perlu mewujudkan eye-contact apabila sedang bercakap.

    Sebagai kesimpulannya, kedua-dua faktor ini iaitu faktor persekitaran dan faktor psikososial amat penting dalam konteks bilik pembelajaran sekolah. Keselesaan pelajar di dalam bilik pembelajaran perlu dititikberatkan, sekiranya terdapat sebarang kerosakkan pihak bertanggungjawab perlu melaporkan segera untuk gantian dan bagi mengelak dari terkena kecederaan. Dari segi persekitaran psikososial pula, interaksi diantara guru dan pelajar amat penting kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. 


Rujukan

Cikgu Suhaini, T. M. (2021, November 27). Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran. (S. A. Cahaya, Interviewer)

Hazliza Hamzah, J. N. (2016). Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah. In H. Hamzah, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (p. 36). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Talin, Q. L. (2017). PENGARUH SIKAP MURID DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN TERHADAP PENCAPAIAN. SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN PENDIDIKAN UNIVERSITI AWAM 2017, 58.








No comments:

Post a Comment